Sunday 30 December 2012

Selamat kembali Ke Sekolah sesi 2013






        Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada warga Unit Bimbingan dan Kaunseling ( UBK ) serta rakan-rakan Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) SMK Ulu Tiram. Apa khabar semua? Seronok bercuti? semoga cuti sekolah kali ini memberikan suatu pengalaman baru kepada anda semua.

 

         Sebelum itu,saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan TAHNIAH  kepada mereka yang telah mengambil keputusan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) sesi 2012 yang lalu. macam mana keputusan? kepada yang cemerlang,saya ucapkan tahniah!!!! tetapi kepada yang kurang bernasib baik..tidak mengapa perjalanan anda masih jauh. Selain itu turut tidak lupa kepada mereka yang baru tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ( STPM ). bersedialah menempuh alam baru selepas ini.

  

"Apa? Kena bangun pagi-pagi? ke Sekolah?!!! Huwaaa!!!!!!!!"

            Ahaha..kenapa? dah berat nak bangun pagi setelah lama bercuti ?? Selamat Kembali ke Sekolah kepada adik-adik yang masih bersekolah. Ucapan nih ditujukan bukan saja kepada adik-adik yang bersekolah jer, tapi termasuklah cikgu-cikgunya sekali. Termasuklah juga mereka yang lain berkaitan persekolahan.

           Sesi persekolahan akan bermula pada 2 Januari 2013 bersamaan hari Rabu. Bersama-samalah kita memulakan tahun baru ini dengan penuh semangat dan keazaman. Semoga skuad PRS kita pada tahun hadapan pula semakin maju dan dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih berdedikasi di bantu skuad PRS baharu.

        Sekian sahaja dari saya. Assalamualaikum...


       # sekadar panduan..baju bagi skuad PRS 2013. cute kan..? #