Sunday, 13 January 2013

Salam Perpisahan Cikgu Siti Kamisah

Assalamualaikum..salam sejahtera kepada semua warga Unit Bimbingan dan Kerjaya ( UBK ) SMK UT serta rakan-rakan Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) sekalian.

       Minggu persekolahan telah pun bermula sejak 2 minggu lalu. bagaimana dengan anda semua? masih liat untuk bangun pagi?  Hahaa..janganlah macam itu. tahun yang baru,kita raikan dengan azam yang baru. Untuk membangkitkan suasana lebih ceria,hiaslah kelas anda dengan hiasan baru yang mampu membangkitkan mood anda semasa belajar kelak. selamat mencuba !

        Namun begitu,adakah anda perasan kekurangan yang ada di sekolah kita? Mungkin para pelajar sesi pagi tidak berasa terlalu kehilangan namun bagi pelajar sesi petang,mereka pasti terasa kehilangan guru Kaunseling yang sangat berdedikasi iaitu Cikgu Siti Kamisah yang sangat di sayangi ramai itu.
Meskipun beliau telah berpindah ke Selangor,harapnya kita masih masih dapat berhubung melalui Facebook,Twitter dan etc.

        Oleh sebab itu,sama-samalah kita doakan yang terbaik buat beliau di sekolah barunya itu. Semoga dia dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan lebih berdedikasi dan rumahtangga beliau bersama suami sentiasa di limpahi rahmat. amin.

        Kepada Cikgu Kamisah,kami di SMK ULU TIRAM  sentiasa merindui cikgu di sini. Segala pesanan dan amanat yang pernah cikgu berikan kepada kami semua akan kami ingat dan jadikan amanat penting dalam hidup kami. we miss u,cikgu..!  :)

 Cikgu Kamisah ( dua dari kanan )