Friday 12 July 2013

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2014/2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera. rasanya macam dah bersawang blog ni sebab tak lama di-update.Maaf untuk perkara itu. kali ini,ada pengumuman baharu untuk semua warga SMK Ulu Tiram dan pengunjung-pengunjung kami.

                            Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2014/2015 telah dibuka mulai 1 Julai 2013 sehingga 10 Oktober 2013. Sila baca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon di sini. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083 atau sila klik di SINI.

                             Kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 yang ingin memohon kemasukan ke progam ini, di ingatkan bahawa anda memerlukan pin kod untuk mengakses borang kemasukan Program Matrikulasi Pendidikan Malaysia bagi sesi 2014/2015. Oleh sebab itu, sila maklumkan kepada Sir Tang  untuk makluman lanjut beserta bayaran RM 6.00 untuk urusan pembelian pin kod tersebut.

                Sekian terima kasih.
                   - Admin I.F-