Friday, 12 July 2013

Jadual Peperiksaan PMR dan SPM 2013

 



Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada para pengunjung blog.

Kepada semua calon PMR dan SPM tahun 2013, sekiranya anda ingin membuat persediaan awal peperiksaan, dipersilakan muat turun Jadual Peperiksaan PMR dan SPM di pautan ini : 


Salam Ramadhan 1434 H & Fadhilatnya

 



Assalamualaikum dan Salam sejahtera..Masih belum terlambat untuk kami, warga Unti Bimbingan & kerjaya, SMK Ulu Tiram ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1434 H. Alhamdulilah, 1 Ramadhan bersamaan 10 Julai 2013 telah pun kita sambut. Moga hari-hari yang mendatang ini dapat kita sama-sama lalui dengan penuh kesabaran.

                        Di sini ingin saya kongsikan,menjalani ibadah puasa dapat melatih diri dan membentuk sifat-sifat terpuji. Antaranya:

* sifat ikhlas
Puasa merupakan ibadah yang paling hampir dengan makna keihklasan bagi seorang hamba. Ini kerana ibadat puasa merupakan rahsia antara hamba dan tuhannya. seorang yang berpuasa boleh berbuka tanpa diketahui oleh orang lain, tetapi kerana ketaqwaannya kepada Allah yang mengetahui zahir dan batinnya, dan kerana mengharapkan pahala dan redha Allah, ia tidak melakukannya. Itulah sebabnya ibadat ini lebih istimewa dari yang lain. sifat inilah yang paling berharga dalam kehidupan seorang muslim kerana amalan yang tidak disertai dengan keikhlasan tidak diterima oleh Allah dan tidak membuahkan hasil.

* Kekentalan jiwa
Puasa memaksa kita meninggalkan keinginan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan kepada kita untuk melakukannya selain Ramadhan. Ini mendidik kita lebih tegas dan meninggalkan perkara yang sememangnya telah diharamkan oleh syariat di luar bulan Ramadhan.

* Sabar
Puasa melatih kita supaya dalam berhadapan dengan keinginan diri dan godaan luaran sepanjang Ramadhan. Sabar seperti ini amat perlu dalam berhadapan dengan segala kemungkinan dalam kehidupan.

* Memelihara fizikal
Puasa menyebabkan kita terpaksa memelihara perut, mata, telinga, lidah, tangan dan kaki dari perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.

  * Prihatin dan belas kasihan
Puasa melahirkan rasa prihatin dan belas kasihan kepada fakir miskin, lantaran itulah disyariatkan zakat fitrah pada bulan ini untuk menguatkan lagi perasaan tersebut. Perasaan ini adalah titik tolak kepada rasa tanggungjawab untuk melakukan pembaikan dalam masyarakat.

* Membuka hijab antara diri dengan Allah
Ibadat yang dilakukan dalam bulan Ramadhan berupaya membersihkan roh dan hati. Dengan itu terbukalah hijab antara hamba dengan tuhannya.

SUMBER : Yang Terindah

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2014/2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera. rasanya macam dah bersawang blog ni sebab tak lama di-update.Maaf untuk perkara itu. kali ini,ada pengumuman baharu untuk semua warga SMK Ulu Tiram dan pengunjung-pengunjung kami.

                            Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2014/2015 telah dibuka mulai 1 Julai 2013 sehingga 10 Oktober 2013. Sila baca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon di sini. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083 atau sila klik di SINI.

                             Kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 yang ingin memohon kemasukan ke progam ini, di ingatkan bahawa anda memerlukan pin kod untuk mengakses borang kemasukan Program Matrikulasi Pendidikan Malaysia bagi sesi 2014/2015. Oleh sebab itu, sila maklumkan kepada Sir Tang  untuk makluman lanjut beserta bayaran RM 6.00 untuk urusan pembelian pin kod tersebut.

                Sekian terima kasih.
                   - Admin I.F-


Wednesday, 13 February 2013

AJK Pembimbing Rakan Sebaya 2013

 
          Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog UBK SMK Ulu Tiram. Di harap anda semua berada dalam keadaan sihat dan sentiasa ceria.
          Pada minggu lepas,suatu perjumpaan telah diadakan melibatkan guru-guru Unit Bimbingan dan Kaunseling serta beberapa orang ahli skuad PRS. Perjumpaan mingguan yang diadakan kali ini adalah bagi melantik secara rasmi Ahli JawatanKuasa Skuad PRS bagi sesi 2013. Dengan ini,saya sertakan senarai AJK Skuad Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) bagi sesi 2013 :

AJK TERTINGGI SKUAD PRS SESI 2013 :

GURU-GURU :
1. CIK SITI ZANARIAH BT ABDUL JALIL
2. PUAN WANG LOCK CHING 

PENGERUSI :
FATIN NAJWA BT JOYNAL ABEDIN
NAIB PENGERUSI :
NOR SITI AISHAH BT SALLEH 

 SETIAUSAHA :
IZATUL AISHAH 
PENOLONG SETIAUSAHA :
TESSIE ANAK KALOK 

BENDAHARI :
FARA IDA ASMA BT FARABI
JURU AUDIT
1. QURRATUL AINI BT AMINUDDIN
2. LEE TANG YEE

AJK ICT :
1. IZATUL FARAHIN BT M.AZMAN
2.SITI RAUDHAH BT HASYIM
 
AJK KECERIAAN & KEBERSIHAN :
1. AISAH BT AZIZ
2. NOR HAPIZZA BT SHARIR
AJK DISIPLIN : 
1. MOHD IQMAL HAKIM BIN IDRIS
2. MIROSHA A/P NARAYANAN

 AJK PAPAN KENYATAAN :
1.HEE HUI YEE
2.PAVITRA A/P RAMASAMY

AJK USAHAWAN :
1. SITI NURLIYANA JOHARI
2. AMIRA FATHIN AFFIQAH BT HAJI MUHAMMAD HANIFF

AJK TINGKATAN :

1. SA ALIFA BT ABD RAHMAN
2. AISAH BT ABD AZIZ
3. NOR SHUHADAH BT KAMAROZZAMAN
4. NUR SAHIRA SANUSI
5. YUGENDRAN A/L S. MAGANDRAN
6. NUR FAEZZAH BT JABAR

Sunday, 13 January 2013

Salam Perpisahan Cikgu Siti Kamisah

Assalamualaikum..salam sejahtera kepada semua warga Unit Bimbingan dan Kerjaya ( UBK ) SMK UT serta rakan-rakan Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) sekalian.

       Minggu persekolahan telah pun bermula sejak 2 minggu lalu. bagaimana dengan anda semua? masih liat untuk bangun pagi?  Hahaa..janganlah macam itu. tahun yang baru,kita raikan dengan azam yang baru. Untuk membangkitkan suasana lebih ceria,hiaslah kelas anda dengan hiasan baru yang mampu membangkitkan mood anda semasa belajar kelak. selamat mencuba !

        Namun begitu,adakah anda perasan kekurangan yang ada di sekolah kita? Mungkin para pelajar sesi pagi tidak berasa terlalu kehilangan namun bagi pelajar sesi petang,mereka pasti terasa kehilangan guru Kaunseling yang sangat berdedikasi iaitu Cikgu Siti Kamisah yang sangat di sayangi ramai itu.
Meskipun beliau telah berpindah ke Selangor,harapnya kita masih masih dapat berhubung melalui Facebook,Twitter dan etc.

        Oleh sebab itu,sama-samalah kita doakan yang terbaik buat beliau di sekolah barunya itu. Semoga dia dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan lebih berdedikasi dan rumahtangga beliau bersama suami sentiasa di limpahi rahmat. amin.

        Kepada Cikgu Kamisah,kami di SMK ULU TIRAM  sentiasa merindui cikgu di sini. Segala pesanan dan amanat yang pernah cikgu berikan kepada kami semua akan kami ingat dan jadikan amanat penting dalam hidup kami. we miss u,cikgu..!  :)

 Cikgu Kamisah ( dua dari kanan )